Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Rancangan Semak Semula...

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula...

Bomba Sarawak Terima Tambahan...

KUCHING - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak akan menerima tujuh kenderaan pacuan...

Semua Pihak Perlu Berganding...

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman mengajak semua...

Sivarasa Jumpa Jakoa Berhubung...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa akan bertemu Jabatan...

Ahmad Zahid Hadir Rumah Terbuka UMNO Bahagian Masjid Tanah

ALOR GAJAH – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyertai 5,000 hadirin bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Rumah terbuka itu dihoskan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, di rumahnya di Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini.

Para hadirin disajikan pelbagai hidangan seperti sate, kambing bakar, mi Singapura, bubur dan pelbagai jenis minuman.


Artis antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan dan Datuk Ramli Sarip menghiburkan pengunjung dengan iringan muzik oleh Briged Seni Negeri Melaka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori