Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

9 Lagi Kes Positif...

PUTRAJAYA - Sembilan lagi kes positif COVID-19 yang dikesan di Parlimen, menjadikan jumlah...

Rogol Berkumpulan: Polis Cari...

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan kes rogol...

Selain Bom, Jangan Sebut...

Philadelphia – Selain perkataan bom, jangan sesekali anda menyebut mengenai Ebola ketika menaiki...

Rompin: Masyarat Cina Respon...

ROMPIN - Masyarakat Cina memberi maklum balas memberangsangkan terhadap calon BN, Datuk Hasan...

Ahmad Zahid Minta Anggota UMNO Terus Sokong PM

BAGAN DATOH – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta anggota UMNO berdiri teguh untuk terus menyokong dan menyatakan taat setia kepada kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata pihak tertentu, terutama pembangkang, sering kali berusaha menaburkan budaya kebencian terhadap UMNO khususnya kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berkata usaha yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang itu dilihatsebagai untuk menimbulkan rasa kegelisahan dalam kalangan rakyat sehingga kebolehpercayaan terhadap kerajaan semakin terhakis.

“Pada ketika ini, apabila ada hal-hal yang dilanda gelombang, jangan ada sesiapa yang berusaha untuk mencampakkan nakhoda dari kapal, kita perlu bersama-sama nakhoda menempuh badai. Inilah sumpah dan janji kita.

“Tidak ada isu yang tidak boleh diatasi. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan dan dokongan yang sekuat-kuatnya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang dirasmikan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang di Wisma UMNO di sini hari ini.


Beliau juga mengulangi pendirian bahawa pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan sebagai ‘ghanimah’ tetapi merupakan kebertanggungjawaban kepada seluruh rakyat di negara ini.

“Saya tidak akan pernah menggagalkan amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri. Mudah-mudahan kombinasi ini akan digunakan sebaik-baiknya.

“Apabila berada di sesuatu kedudukan, kita perlu memberikan perkhidmatan yang baik kepada seluruh rakyat tanpa mengira agama, kaum dan budaya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori