Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

‘Ganas Sangat’ Kalau Gantung...

BEKAS Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu...

Video: Pasangan Melayu Mencuri...

AKSI satu pasangan Melayu yang dipercayai suami isteri, bersekongkol untuk mencuri di sebuah...

Calon Wanita PRN-11, Pengiktirafan...

KUCHING - Pemilihan lebih banyak calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11...

PPS Baharu Untuk Mangsa...

TAWAU - Pusat penempatan sementara (PPS) baharu akan didirikan hari ini di hujung...

Akibat Gangguan Makhluk Halus, Guru Nekad Bakar Diri

SEORANG guru wanita ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran di Paya Dalam, Melaka, kira-kira 2 pagi semalam.

Mangsa Fara Wahidah Ali, 37, merupakan seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak dan sedang mengambil cuti sakit.

Memetik info daripada Facebook Daily Trafik Report, Bapanya Ali Mikram, 62, berkata, dia menyedari kejadian kebakaran itu apabila tersedar dari tidur kira-kira jam 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat cahaya api menerusi cermin tingkap rumah.

“Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.

“Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam bilik tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu,” katanya.

6

5

7


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbakar sepenuhnya dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Menurut maklumat yang diperoleh daripada pautan komen di Facebook, mangsa mengalami gangguan makhluk halus sehingga menyebabkannya bertindak demikian.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan paparan gambar sepucuk tulisan yang dikatakan ditulis arwah sebelum membakar dirinya.

1

“Ning, aku nak bakar iblis ni hidup-hidup. Iblis tak boleh duduk serumah dengan orang hidup. Menimbulkan pergaduhan nanti. Selamat tinggal,” tulis arwah berserta tandatangannya.

Apa-apa pun, marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori