GARA-GARA penyebaran video Stacy sedang mengucap dua kalimah syahadah yang dirakam oleh individu tidak amanah, Akim Ahmad meluahkan rasa ‘bengangnya’ dengan perkara tersebut.
Memetik kenyataan Akim di laman makro Twitter, dia mengetahui individu yang bertanggung jawab melakukannya dan berasakan wanita bertudung pink itu telah melampaui batas tugasnya apabila merakam video Stacy tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.
“Saya bukan marah, tapi kecewa. Kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh perakam yang tidak amanah. Sangat kecewa. Harap janganlah ada yang buat silap macam ini lagi. Saya merayu, sama-samalah kita mengingatkan ye. Assalamualaikum,” kicaunya di Twitter.
Sebelum ini, Mynewshub ada berkongsikan cerita bahawa Stacy sudah selamat memeluk agama Islam dan memilih Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Muslimnya.
Stacy difahamkan bakal mengadakan sesi sidang media hari ini bertempat di Bukit Jalil bagi menjawab segala persoalan mengenai isu ini. – MYNEWSHUB.CC