WALAUPUN pada tanggal 28 Julai lalu, nama Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan daripada senarai kabinet terbaru sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, beliau melarang bekas timbalannya itu untuk disingkirkan dari jawatan dalam parti.
Ia susulan desakan banyak pihak dalam UMNO ketika ini yang mencadangkan agar Muhyiddin dipecat dari jawatan selaku Timbalan Presiden UMNO kerana tindakannya yang dilihat tidak searus dengan Najib.
TERDAHULU: UMNO Perlu Wujud Ramai ‘Keyboard Warriors’
Memetik kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, amanat tersebut diluahkan sendiri oleh Perdana Menteri ketika membuat perjumpaan tertutup dengan semua pengerusi badan perhubungan negeri di Putrajaya selepas rombakan kabinet dilakukan.
“Bila berlaku krisis itu, adalah suara-suara yang nak suruh Tan Sri Muhyiddin itu, ini. Pecatlah, tapi Perdana Menteri (Najib) kata jangan.
“Sedangkan mungkin dari segi pentadbiran mereka ada masalah, jadi patutnya beliau (Najib) boleh cari macam-macam.
“Tapi tindakannya (Najib) lain, dia pesan supaya semua hormat kepada Muhyiddin kerana dia masih orang besar dalam parti dan juga bekas timbalan perdana menteri,” ujarnya seperti dilaporkan portal Mykmu.
Ketika ini, Muhyiddin terus lantang mengkritik kerajaan dan menggunakan medium mesyuarat perwakilan UMNO sebagai platform beliau menyampaikan pendapatnya. – MYNEWSHUB.CC
Najwa Mahiaddin – After The Rain
https://www.youtube.com/watch?v=EkSJI5u2BR8