Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Sama Macam Di Hatyai’

 TUMPATƂĀ -ƂĀ Penduduk negeri ini boleh menikmati suasana seperti berada di pasar terapung Klong Hae,...

Hujan Lebat Berterusan Di...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan empat negeri hingga...

Ford Panggil Semula 2...

WASHINGTON - Ford Motor Co (Ford) memanggil semula kira-kira dua juta trak pikap...

PPI Pengeluaran Tempatan Susut...

KUALA LUMPUR - Indeks harga pengeluar (PPI) pengeluaran tempatan merosot 1.5% pada Mei...

AMK Akan Teruskan Usaha Gulingkan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu membawa lebih ramai rakyat Malaysia menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan selepas ini.

Ketuanya. Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, AMK akan mengajak golongan muda untuk merealisasikan hasrat parti pembangkang tersebut.

“AMK menyeru anak muda terus bersama menyatakan pendirian menolak Najib (Perdana Menteri) dan pentadbirannya. Lagi ditangkap, lebih ramai akan ke hadapan,” dakwanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Pembangkang sebelum ini menganggarkan puluhan ribu orang akan menyertai perhimpunan menggulingkan Perdana Menteri di ibu negara semalam tetapi cuma kira-kira 100 individu menyertai perhimpunan tersebut.

Polis bertindak menahan seramai 29 individu kerana mengadakan perhimpunan #TangkapNajib tersebut.


Mereka disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Seksyen 124 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, manakala Seksyen 143 boleh memperuntukkan hukuman enam bulan penjara, denda atau kedua-duanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori