Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mengapa Tidak Desak Tutup...

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak ramai mendesak kerajaan supaya menutup kilang arak di...

Israel Tingkatkan Kawalan Sempena...

BAITULMAQDIS - Israel meningkatkan kawalan keselamatan dan melarang penduduk Palestin memasuki wilayah itu...

Trump ‘Kantoi’ Intai Kertas...

LOS ANGELES - Undi sepatutnya adalah rahsia, walaupun 'orang rumah' anda sendiri yang...

Rajinikanth Kunjungi Najib Balas...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menerima kunjungan bintang filem mega...

Anak Gadis Didie Alias, Ridzuan Hashim Selamat Bergelar Isteri

MELIHAT pada usia Didie Alias yang sudah menjangkau 41 tahun, pasti ramai yang tidak menyangka pelakon dan pelawak terkenal ini mempunyai seorang anak gadis yang sudah besar panjang.

Untuk pengetahuan anda, semalam telah mengukir sejarah bermakna buat Didie Alias dan bekas suami, Ridzuan Hashim, 54, yang juga seorang pelakon apabila anak sulung mereka telah selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz.

09hm12zhjkl.transformed

anak didie 5.3 anak didie 6

1 2

Anak sulung mereka, Nur Dhaniyah, 22, selamat diijabkabulkan dengan Mohd Razi Shahriman Sabari, 29, tepat 10.30 pagi, semalam.

Sebagai seorang ibu, Didie Alias mengakui menerima keputusan anak gadis untuk menamatkan zaman solonya pada usia muda dengan hati terbuka.

“Pada saya, jodohnya sudah sampai dan menantu (Mohd Razi Shahriman Sabari, 29) pun seorang pemuda yang baik.


“Saya terima dengan sepenuh hati keputusan Nur Dhaniyah berkahwin kerana dulu pun saya nikah awal ketika berumur 19 tahun,” kata Didie Alias.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapanya, Ridzuan di hadapan jurunikah Ustaz Mohd Azwan

Pada acara akad nikah itu, Nur Dhaniyah menerima wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin, RM300 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

– MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori