Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ini Mati Kerana...

MARANG - Seorang lelaki ditemui mati dalam kejadian di belakang sebuah rumah di...

Polis Tahan Tukang Urut...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan pemilik akaun Facebook Julia JJ II selepas dipercayai...

Dasar Hati Kering.. Janin...

Allahuakbar.. tak habis-habis lagi kisah buang bayi di negara tercinta kita ini.Apa yang...

Konsep Doktor Keluarga Di...

LENGGONG - Kementerian Kesihatan akan berusaha untuk menerapkan konsep doktor keluarga di Klinik...

Anak Najib Menang Jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia

ANAK lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib berjaya memenangi jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sesi 2015/2017 dalam sesi pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk tersebut yang dibuat semalam.

Menurut laporan, Nazifuddin mengejutkan ramai apabila berjaya memperolehi 75 undi yang turut menyaksikan undian tertinggi diterima bagi kerusi berkenaan.

Empat lagi kerusi jawatan naib presiden turut diisi oleh Prof Datuk Dr Zakaria Ahamad, Datuk Mumtaz Jaafar, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin serta Datuk Ong Poh Eng.

KJ Minta MOM, KOM Bincang Segera Selesai Isu Marathon

tun-abdul-razak-m-600x360

Beliau yang merupakan calon termuda berusia 32 tahun menolak penglibatannya dalam badan sukan tersebut sebagai bersifat politik, lantas mengharapkan ia menjadi inspirasi kepada golongan belia untuk menyumbang dalam pembangunan sukan negara.

Memetik kenyataannya dalam laporan Sinar Harian minggu lalu sebelum pemilihan berlangsung, “Kalau orang muda tidak diberikan peluang, jadi tiada masa tepat untuk mereka menyertainya.”

Ahli perniagaan tersebut yang juga merupakan Timbalan Presiden Taekwando Malaysia berkata, antara perkara awal yang bakal dilakukannya selepas ini ialah mengadakan ekspo seni mempertahankan diri melibatkan sukan seperti taekwando, wushu, karate dan silat bagi menarik golongan muda.


Senario perlantikan Nazifuddin dalam MOM merupakan lanjutan legasi dalam keluarganya setelah sebelum ini, Perdana Menteri kedua yakni datuk beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah menjawat kedudukan sebagai Presiden MOM pada penggal 1969 sehingga 1976.

tunku tan sri imran tuanku jaafar

Sementara itu, jawatan presiden MOM terus kekal diterajui Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar yang telah menduduki tampuk kepimpinan tertinggi itu selama 17 tahun.

Beliau berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan 63 undi berbanding pencabarnya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dengan hanya 41 undi.

Walau bagaimanapun, jawatan timbalan presiden diambil alih oleh pencabar, Datuk Seri Mohd Norza Zakaria apabila menang dengan 78 undi menewaskan penyandang terdahulu, Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim yang hanya meraih 26 undi. – MYNEWSHUB.CC

Kedudukan Sebagai Anak PM Bukan Jaminan – Mohd Nazifuddin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori