Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kaunter Bergerak Akan Tingkatkan...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah berkeyakinan kutipan hasil tanahnya bakal meningkat berikutan...

Lim Minta Adenan Tidak...

GEORGE TOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan negeri Sarawak...

Samsung SDI Bina Kilang...

SEREMBAN: Pengeluar bateri dan bahan elektronik Korea Selatan, Samsung SDI Co Ltd menerusi...

TLDM Tahan Bot, 23...

LUMUT : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama...

Anak Ular Tedung Dua Kepala Di China

Yulin (China) – Walaupun tidak makan atau minum, seekor anak ular tedung berkepala dua yang dilahirkan dua minggu lalu masih hidup dan membesar.

Seorang penternak ular di sini, Huang Pan berkata, dia menemui anak ular tedung berkenaan ketika membersihkan telur ular di ladangnya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan terhadap anak ular berkenaan, tetapi bimbang ia tidak boleh hidup lebih lama kerana masih tidak makan atau minum sejak dilahirkan.

Katanya, demi keselamatan ular itu, dia menyerahkannya kepada zoo di Nanning yang diharapkan dapat menjaga haiwan itu dengan baik.

Pegawai zoo, Li Keqi berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ular itu akan hidup lebih lama walaupun keadaannya stabil ketika ini.


Penemuan anak ular berkepala dua pernah dilaporkan sebelum ini, tetapi kebanyakannya mati tidak lama selepas dilahirkan.

Awal tahun ini, seekor lembu melahirkan anak bermuka dua menjadi viral di Internet. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=cjtgSEu9FcQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori