Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cicak Gergasi Jadi Binatang...

Beranikah anda memelihara cicak sebesar saiz anak anjing sebagai binatang peliharaan di rumah?...

Pesara Yang Juga Pengikut...

Seremban: Seorang pesara yang juga pengikut ajaran 'The Ahmadi Religion of Light and...

Jika Video Seks UAI...

Populariti yang dikecapi UAI sebagai pendakwah memungkinkan dirinya tidak terhindar daripada sifat busuk hati...

QZ8501: Keluarga Dakwa Dapat...

APAKAH ini bukti bahawa terdapat penumpang AirAsia QZ8501 yang masih hidup sejurus pesawat...

Anggota Polis Cedera Kemalangan Ketika Kejar Suspek Kes Dadah

KEMAMAN – Tiga anggota polis cedera ringan selepas kereta peronda yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ketika mengejar suspek yang terlibat dengan kegiatan dadah di Kerteh di sini awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, anggota cawangan pencegahan jenayah dari Balai Polis Kerteh sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kampung Darat Kolam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Normansah Din berkata suspek kemudian bertindak menghimpit kereta peronda polis yang mengejarnya menyebabkan kereta berkenaan terbabas.

“Tiga anggota tersebut masing-masing mengalami kecederaan di bahagian jari kaki kanan dan sakit badan manakala suspek luka di bahagian kepala serta badan dan kesemua mereka dirawat sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, ekoran kejadian itu pihaknya berjaya memberkas seorang lelaki berusia 45 tahun, bagaimanapun seorang lagi dipercayai rakan suspek berjaya melarikan diri.


Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya merampas sepucuk pistol tiruan, wang tunai sebanyak RM503, dua botol serbuk putih dan satu botol berisi bahan berwarna merah dipercayai dadah serta sepeket plastik mengandungi 110 biji pil berwarna merah dan sekeping kad pengenalan milik orang lain.

Katanya suspek yang berasal dari Kampung Santung, Dungun mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kesalahan dadah dan jenayah serta dikehendaki oleh Ibu Pejabat Polis Tumpat, Kelantan.

Normansah berkata gerakan memburu seorang lagi rakan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori