Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lucu… Penunggang Motosikal Gigih...

MACAM-MACAM! Dua keping gambar yang menunjukkan kegigihan seorang penunggang motosikal menggunakan lorong Touch...

Lelaki Terperangkap Dalam Tandas...

SEORANG lelaki telah terperangkap dalam tandas tren yang digunakan selama 15 minit ketika...

Presiden Tunisia Isytihar Darurat...

PRESIDEN Tunisia, Beji Caid Essebsi mengisytiharkan darurat di seluruh negara dengan menegaskan serangan...

Bomba Tidak Perlu Pelekat...

PUTRAJAYA – Kenderaan bomba tidak diperlukan mempunyai pelekat had laju yang ditampal pada...

Anggota Polis Diseru Kerap Jalani Pemeriksaan Kesihatan

KUANTAN – Anggota polis di negeri ini harus menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tahap kecergasan mereka sentiasa baik agar dapat menjalankan tugas dengan lebih produktif dan sempurna.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab. Ghani berkata sesibuk mana pun dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan, tahap kesihatan diri perlu diberi perhatian terutamanya dalam aspek pemakanan seimbang.

“Anggota yang berumur 40 tahun ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dua kali setahun, bagaimanapun masih ramai dalam kalangan mereka tidak menyedari kepentingan untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kesihatan Menangani Stres dan Obesiti Melalui Kecergasan Fizikal oleh Halis Enterprise di Kompleks Logistik, Alor Akar di sini hari ini.

Sharifuddin berkata pada masa sama, anggota polis muda juga digalakkan membuat pemeriksaan kerana mereka juga boleh menghidap pelbagai jenis penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.


Katanya, penyakit kronik tersebut tidak hanya terhad kepada usia, sebaliknya berpunca daripada faktor pemakanan serta gaya hidup kurang sihat.

“Selain itu, semua anggota juga perlu bersenam dan beriadah kerana selain untuk sihat, mereka juga memerlukan tahap stamina tertinggi lebih-lebih lagi semasa menghadapi penjenayah,” katanya.

Sharifuddin berkata penjagaan kesihatan sewajarnya dititikberatkan anggota polis untuk bebas dan mencegah diri daripada sebarang penyakit memudaratkan walaupun sering menghadapi bebanan tugas.

“Jika perkara ini dapat dipraktikkan, saya yakin ia mampu melahirkan warga polis yang bertenaga, sihat dan mampu meningkatkan produktiviti serta mutu perkhidmatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori