Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hanis Zalikha Tak Mahu...

KELETAH anak-anak selebriti tempatan sering mendapat tumpuan daripada pengguna media sosial sehingga akaun...

Tiga Lelaki Mengaku Rogol...

TIGA lelaki Australia dilaporkan bebas daripada hukuman penjara walaupun ketiga-tiganya mengaku bersalah merogol...

AirAsia Saran Penumpang Tiba...

KUALA LUMPUR - Penumpang pesawat AirAsia dinasihatkan tiba di lapangan terbang tiga jam...

Elak Salah Guna, Parkir...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta...

Ahli UMNO Usah Jadi ‘Tukang Viral’ Sebar Info Salah

BATU PAHAT – Anggota UMNO hari ini digesa supaya tidak sewenang-wenangnya mempercayai fitnah di media sosial dan menjadi ‘tukang viral’dalam menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata dalam keadaan ‘zaman fitnah’ berleluasa ketika ini, anggota UMNO perlu bekerja ‘secara luar biasa’ dalam menangani cabaran fitnah itu menerusi medium berkenaan.

“Dalam perkembangan media sosial ketika ini, benda yang positif pun boleh jadi negatif.

Sekarang, ternyata media sosial merupakan senjata yang boleh menjatuhkan kerajaan kalau kita tidak tanganinya secara luar biasa.

“Maklumat yang disampaikan menerusi medium itu (media sosial) boleh dimanipulasikan sehingga mempengaruhi rakyat supaya percaya sesuatu yang palsu sebagai perkara benar,” katanya.

Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan, di sini hari ini.

Merujuk situasi ketika ini, beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran mangsa fitnah berleluasa sehingga ‘dicederakan seteruk-teruknya’ menerusi media sosial.


Sehubungan itu, beliau berkata anggota UMNO mesti mempunyai tekad untuk menangkis segala serangan yang ditimbulkan di media sosial dan menjawab tuduhan dengan pantas dalam segala isu yang ditimbulkan.

Beliau berkata JASA pada masa yang sama juga mempunyai ‘cyber troopers’ yang memainkan peranan secara luar biasa di media sosial bagi memperbetulkan sebarang fitnah yang wujud.

“JASA kini tidak lagi mengambil pendekatan defensif tetapi menyerang.

Kita betulkan apa yang tidak betul, kita dedahkan perkara sebenar supaya orang ramai jelas mengenai situasi yang berlaku,” katanya, sambil mengulangi bahawa JASA akan menerbitkan buku berkaitan jawapan kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=qw83RITcv6Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori