Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jangan Konpiden Sangat Cakap...

INILAH situasi yang berlaku apabila terlalu ghairah mahu menggunakan bahasa Inggeris untuk posting...

ABIM Puji Langkah Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan...

LRT Laluan Kelana Jaya...

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) akan membuka keseluruhan jajaran...

Buruh Didakwa Rogol Anak,...

MELAKA : Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari...

Anggota UMNO Perlu Hindari Perkara Bawa Perpecahan Parti

SIK – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihatkan anggota-anggota parti supaya menghindari perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dalaman parti.

Beliau berkata sekiranya mereka mahu mengkritik atau menegur pemimpin, ia perlu dibuat mengikut platform yang betul.

“Contohnya, ketua cawangan dan ketua bahagian, ada platform bagi ketua cawangan nyatakan sesuatu kepada ketua bahagian…boleh berjumpa secara peribadi atau luahkan dalam mesyuarat melalui ucapan penangguhan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berhubung isu seorang anggota UMNO yang didakwa ditaja pihak tertentu untuk mengkritik kepimpinan Presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan kesat.


Mahdzir berkata sebarang bentuk teguran atau kritikan yang bertujuan menghina pemimpin tidak wajar dilakukan oleh anggota UMNO terutamanya yang bertujuan untuk mengaibkan dan memalukan.

“…jika ada usaha untuk sengaja menjatuhkan seseorang, pada saya itu sangat tidak baik. Bukan sahaja orang yang bercakap, tetapi orang yang menaja, jika betul dakwaan itu, ia sangat tidak baik untuk sebuah perjuangan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori