Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

ATM Rampas 700kg Ketum

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg)...

Kak Limah ‘Hantui’ Seminggu...

UNIK... Kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2...

2 Lagi Direman Berkaitan...

KUALA TERENGGANU - Dua individu direman enam hari secara berasingan mulai hari ini...

K’jaan Negeri Tak Ubah...

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak melakukan pengezonan semula status tanah di...

Annuar Musa Dilantik Semula Pengerusi MARA

PUTRAJAYA – Tan Sri Annuar Musa dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Annuar, 59, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Anggota Parlimen Ketereh, menyandang jawatan Pengerusi Mara sejak 2013.

Anuar, yang turut menyandang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia bagi tempoh 2010 hingga kini, pernah menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan (1990-1993) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (1993-1999).

Dalam satu kenyataan di sini, Ismail Sabri juga mengumumkan pelantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berkuat kuasa pada 1 September depan.


“Kedua-dua pelantikan ini dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Ismail Sabri.

Beliau percaya Annuar dan Zahidi masing-masing dapat memimpin Mara dan Risda dalam melaksanakan dasar dan perancangan kementerian demi mencapai objektif Transformasi Negara.-BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori