Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tiga Rumah Kedai Sederet...

JOHOR BAHARU - Tiga buah rumah kedai sederet di Kampung Bayu Damai di...

Gadis Maut Terjun Dari...

PERNAHKAH anda terfikir apakah rasanya apabila anda sedang berjalan di luar pusat beli...

6 Keluarga Mangsa Kebakaran...

KUALA TERENGGANU - Enam keluarga mangsa kebakaran termasuk dua pemilik bangunan rumah kedai...

China Eastern: Hanya Cebisan...

WUZHOU: Pasukan keselamatan menemukan cebisan daging manusia yang dipercayai mangsa nahas pesawat China...

Annuar Musa, Noh Omar Bakal Isi Kekosongan Dalam PAC?

DALAM satu laporan terkini sebuah portal, Tan Sri Annuar Musa dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sebelum ini, kedudukan tertinggi itu diisi oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed namun beliau terpaksa mengosongkannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, 28 Julai lalu.

Dilantik Timb. Menteri, Nur Jazlan Lepas Jawatan Pengerusi PAC

Memetik laporan Malaysia Gazette, Annuar telah dipanggil bagi tujuan pelantikan itu.

Spekulasi tersebut dikuatkan lagi dengan situasi terkini beliau yang sudahpun tamat kontrak sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 17 Julai lalu.

RAFF1869

Sementara itu, Datuk Noh Omar turut disebut-sebut bakal dilantik sebagai anggota PAC bagi mengisi salah satu tempat yang dikosongkan tiga individu sebelum ini.


Seperti Nur Jazlan, ketiga-tiga figura tersebut iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau terpaksa melepaskan jawatan dalam PAC apabila dilantik menjawat jawatan dalam kabinet baru PM.

Jawatankuasa tersebut terpaksa menghentikan sementara prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya bersambung 4 dan 5 Ogos ini kerana situasi itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR 

Jangan Ada Pihak Ganggu PAC

https://www.youtube.com/watch?v=tRKafD-5sA4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori