Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lamaran Ditolak Sebab Guna...

SEORANG lelaki terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berkahwin selepas lamarannya ditolak kekasih apabila dia tersilap...

Sultan Mizan Pengerusi Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini mempengerusikan Mesyuarat...

Kes Saman PAS, Mustafa...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah dikemukakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk...

Ciri Baru Twitter Cegah...

TWITTER memperkenalkan ciri baharu dalam usaha membendung pembuli dalam talian yang menggunakan platformnya. Lapor...

Aplikasi iMalaysia Galak Semangat Patriotisme

KUALA LUMPUR – Demi memanfaatkan teknologi dan trend semasa sesuai dengan selera belia masa kini, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melancarkan aplikasi dan permainan telefon pintar, iMalaysia.

Aplikasi itu diperkenalkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, dengan matlamat menjadi pangkalan maklumat dan saluran utama mengenai perkara berkaitan sambutan Hari Kebangsaan bermula 2015. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood, berkata aplikasi itu adalah yang pertama dicipta khusus untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan negara dan 1Malaysia sempena Hari Kebangsaan.

“Saya pasti generasi muda zaman kini juga mempunyai semangat sayangkan negara, cuma kadang-kadang mereka terleka dengan dunia maya jadi kita bawakan sejarah negara dalam bentuk yang mereka gemari,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Aplikasi dan Permainan iMalaysia di sini , Selasa.

Melalui aplikasi iMalaysia, pengguna boleh berkongsi cerita tentang semangat patriotisme, mencari maklumat terkini mengenai acara-acara rasmi yang akan diadakan, menerima senarai promosi berkaitan kemerdekaan malah pengguna juga boleh menghantar ucapan melalui medium berkenaan.


Selain aplikasi iMalaysia, turut dilancarkan adalah iMalaysia Game iaitu sebuah aplikasi permainan yang berkonsepkan permainan larian yang berlatarkan sejarah negara.

Kedua-dua aplikasi itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak dan ia boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan Apple AppStore. – BERNAMA

Bicara Siswa: Semangat Patriotisme, Apa Kata Gen Y?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori