Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

HASiL Mendokong Gaya Hidup...

Bersukan aktiviti kegemaran rakyat. Ia bukan sahaja menyihatkan badan, malah platform untuk masyarakat...

EPL: Mourinho Terus Bimbang...

LONDON - Jose Mourinho mengakui Diego Costa berdepan risiko kecederaan berulang seandainya penyerang...

Kucing Kena ‘Flush’ Dah...

Susulan penyebaran video seorang lelaki menyeksa seekor kucing dengan memasukkannya ke mangkuk tandas...

Tingkat Kerjasama Dengan Negara...

KUALA LUMPUR - Malaysia meminta negara Islam mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani...

APMM Labuan Tahan Bot Nelayan Gaji Nelayan Tanpa Dokumen

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menahan sebuah bot nelayan dengan lapan warga Filipina di dalamnya, di perairan Labuan pagi ini.

Ketua Penguatkuasa APMM, Kapten Che Adnan Md Isa berkata mereka yang ditahan berumur antara 30 dan 50 tahun, serta bot itu kemudian dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut.

Katanya, bot yang didaftarkan di Malaysia itu dipintas kira-kira pukul 10.10 pagi ketika agensi berkenaan melakukan rondaan di perairan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati tujuh awak-awak dan seorang tekong adalah warga Filipina.

“Pemeriksaan lanjut mendapati hanya seorang daripada mereka melanggar Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas sosialnya untuk bekerja dan kami akan serahkannya kepada imigresen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Baki tujuh awak-awak dan tekong mempunyai dokumen yang lengkap dan dibebaskan, katanya.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Che Adnan turut mengingatkan nelayan tempatan untuk membawa kad pengenalan serta lesen bot setiap kali berada di lautan bagi menggelakkan masalah ditahan anggota APMM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori