Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Dipercayai Ditikam...

KOTA KINABALU : Seorang wanita berusia 22 tahun ditemukan maut dalam keadaan terlentang...

Speaker Berat Sebelah Benarkan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri...

VIDEO: Ngeri ! Bangkai...

SEBUAH video yang menunjukkan bangkai seekor tikus yang telah ditarik keluar daripada pusat...

Sri Mulyani Diiktiraf Menteri...

JAKARTA - Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati menerima anugerah sebagai Menteri Terbaik Dunia...

Arab Saudi Edar Dua Juta Vaksin Meningitis

JEDDAH – ARAB SAUDI. Sebanyak dua juta vaksin meningitis telah diedarkan di pusat kesihatan di 20 wilayah dan bahagian pentadbiran di seluruh Arab Saudi untuk diberikan kepada jemaah haji tempatan.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kesihatan, Abdulaziz bin Saeed berkata, jemaah haji pada musim ini diwajibkan untuk mendapat suntikan vaksin tersebut dan penyakit berjangkit lain.

“Petugas musim haji juga dikehendaki membawa sijil vaksin meningitis yang perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum memasuki negara itu dan dokumen tersebut tidak boleh melebihi tempoh tiga tahun.

“Kementerian juga sedang memantau situasi penyakit berjangkit lain dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kesihatan Jeddah, Izdihar Abdulsalam Al-Madani memaklumkan sebanyak 86 pusat untuk mendapatkan suntikan vaksin meningitis telah dibuka di bandar tersebut.


“Beberapa pusat juga sedia untuk memberikan perkhidmatan dan maklumat kesihatan kepada para jemaah haji. Kami juga menyediakan perkhidmatan terapi kepada jemaah yang menghidap penyakit kronik,” jelasnya. – Arab News/Sinar Harian Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=oFHnSMZx7dQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori