Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PIALA DUNIA 2018 –...

MOSCOW - Berikut adalah undian pusingan akhir Piala Dunia 2018 yang diadakan di...

DUN P.Pinang Tolak Usul...

GEORGE TOWN - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini menolak usul wakil...

Video: Sekumpulan Gajah Serang...

VIDEO ini memaparkan detik cemas yang dialami oleh seorang penunggang motosikal ketika diserang...

Tanam Benih Padi Dipantau...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan tiada penanaman...

ASEAN Bantu Kekalkan Keamanan Di Asia Tenggara

WASHINGTON DC – Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah membantu dalam mengekalkan keamanan di Asia Tenggara dan mengurangkan halangan perjalanan serta perdagangan di rantau berkenaan, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.

“Asia Tenggara adalah sebuah rantau yang pantas berkembang, paling dinamik, di dunia. Rantau ini berjaya disebabkan persepakatan negara-negaranya,” kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat bersempena ulang tahun ke-48 ASEAN pada Sabtu.

Pada Jumaat malam, 10 negara anggota ASEAN terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam mengadakan majlis sambutan di Kedutaan Malaysia di Washington DC.

Timbalan Penolong Setiausaha Utama Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Scott Marciel adalah antara 300 tetamu yang hadir, termasuk diplomat dan delegasi anggota parlimen Indonesia yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan mewakili setiap negara anggota ASEAN dan disajikan dengan juadah tradisional ASEAN yang disediakan chef dari 10 negara anggota.

ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1964.

Kerry berkata: “ASEAN adalah hab rantau Asia-Pasifik yang lebih luas, diwakili pemimpin dari Lautan Hindi sehingga ke Pasifik, untuk menangani isu yang paling rumit dan mencabar pada hari ini.

“Tugas ini amat penting kepada rantau ini, kepada Amerika, dan kepada dunia” katanya.


Setiausaha Negara itu berkata Amerika di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama akan terus menyokong ASEAN dan pewujudan Komuniti ASEAN tahun ini.

Sementara itu, Duta Malaysia di Amerika Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan hubungan ASEAN-Amerika kini berada pada “perkongsian strategik di peringkat paling tinggi”.

Beliau berkata Komuniti Ekonomi ASEAN bersekali dengan penduduknya berjumlah 630 juta adalah antara rantau ekonomi paling pantas berkembang di dunia.

“Pada kadar ini, rantau ini diunjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2050,” katanya.

Awang Adek berkata laporan terkini menyimpulkan bahawa integrasi ASEAN yang lebih besar dan pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN dapat memacu pertumbuhan KDNK serantau kepada kadar lebih tinggi iaitu 6-8 peratus setahun.

“Pelaburan langsung asing ke dalam ASEAN akan terus berkembang kukuh, terutamanya dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan China, ketika syarikat membuat tinjauan untuk memperluaskan pangkalan pengeluaran mereka di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori