KUALA LUMPUR – Negara-negara anggota Asean tidak harus mengabaikan tanggungjawab mengenai isu diplomasi keselamatan serantau ketika berusaha untuk mengejar kepentingan negara sendiri.
Demikian menurut seorang penganalisis Keselamatan Maritim yang berpangkalan di Singapura, Benjamin Ho kepada Bernama baru-baru ini.
“Ketika keutamaan negara tidak boleh diabaikan demi kesejahteraan serantau begitu juga ia tidak harus mengatasi kepentingan utama, lebih-lebih lagi jika hasil jangka panjang terpaksa dikorbankan demi ganjaran untuk jangka pendek,” katanya.
Beliau berkata, ketika China dan Amerika Syarikat semakin menunjukkan minat mereka terhadap kawasan Asean yang merangkumi 600 juta penduduk, mungkin akan terdapat keperluan kumpulan ini memilih antara kedua-dua kuasa besar ekonomi berkenaan.
“Ia akan menjadi pilihan yang akan memberi kesan dinamik intra-Asean dan perpaduannya, katanya.†– BERNAMA