Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Piala FA: Arsenal Layan...

LONDON - Penyandang juara Piala FA, Arsenal menempah pertembungan menarik menentang satu lagi...

Gadis Berpeluh Darah Jadi...

PELIK…seorang gadis berusia 21 tahun telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami keadaan di...

Nama Jho Low Diarah...

PUTRAJAYA — Perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau...

Audit 1MDB: Najib Mengaku...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Ayam Cemani Digilai Di AS, Digelar ‘Lamborghini’ Sebab Mahal

AYAM Cemani kini menjadi kegilaan warga Amerika Syarikat hinggakan Greenfire Farms, sebuah ladang menternak ayam jenis ini di Florida mengaut keuntungan lumayan.

Ayam jenis ini mendapat perhatian masyarakat sana kerana rupanya yang berwarna hitam dianggap sangat eksotik.

Pembeli yang menyukai ayam Cemani dikatakan sanggup membayar sehingga 200 dolar (RM780) bagi seekor anak ayam yang baru menetas, sedangkan di Indonesia harganya baru 200,000 rupiah (RM57).

cb

Pemilik Greenfire Farms, Paul Bradshaw yang sudah menjual lebih daripada 500 ekor ayam Cemani tahun ini mengakui dia sendiri bingung apa yang membuatkan ramai orang menggilainya.

Bagaimanapun ayam Cemani diakui amat unik kerana memiliki warna hitam daripada bulu sampailah ke daging, darah, tulang dan organ dalamannya hingga digambarkan sebagai ayam “yang datang dari kegelapan”.

cg (1)


Dek kerana harganya yang mahal selain rupa eksotik, ayam Cemini turut diberi julukan ayam ‘Lamborghini’ di sana.

Di Malaysia dan Indonesia, ayam Cemani (hitam legam) dianggap memiliki mitos tertentu dan sering digunakan sebagai binatang korban bagi acara ritual alam ghaib seperti mencari harta karun, berubat, memindahkan makhluk halus dan sebagainya.

Greenfire Farms bagaimanapun tidak mengimport ayam Cimani dari Indonesia sebaliknya membiakkannya sendiri selepas membeli induk dari negara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=FTqxlUB_meI

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori