“Saya ragu-ragu Najib bertindak kurang bijak dengan memasukkan dana yang dicurinya ke dalam akaun bank peribadinya, apatah lagi dengan jumlah yang besar pada saat dia boleh menggunakan calon-calon lain, proksi dan bank luar negara untuk menutup jejak tersebut.
“Jumlah RM2.6 bilion terlalu besar untuk disembunyikan di dalam mana-mana akaun bank Malaysia, mana taknya kalau jumlah RM50,000 dari luar negara pun menarik perhatian Bank Negara dengan pelbagai persoalan.”
Kenyataan tersebut diungkapkan blogger sensasi, Raja Petra Raja Kamarudin melalui artikel terbarunya, What’s The Story Behind The RM2.6 Billion? yang dipaparkan menerusi blog Malaysia Today, semalam.
SPRM Sah Penderma RM2.6 Bilion Asal Timur Tengah
Dalam artikel tersebut, Raja Petra turut memetik hasil tulisan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di laman blognya, sehari sebelum itu yang mempersoalkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa dana tersebut merupakan sumbangan dari Timur Tengah.
Namun, Raja Petra menolak kesangsian yang dinyatakan Tun M atas faktor bahawa kerajaan Timur Tengah sememangnya membelanjakan dana yang sangat banyak untuk membantu negara-negara Islam yang lebih miskin mahupun organisasi serta pemimpin lain kerana kebimbangan seandainya wang tersebut jatuh ke tangan pengganas.
“Pada bulan Januari tahun ini, The Huffington Post telah melaporkan bahawa The House of Saud telah menderma dana sebanyak USD100-200 bilion dalam jangka masa 30 tahun kepada kerajaan-kerajaan luar negara, pergerakkan mahupun organisasi, begitu juga tokoh-tokoh yang mesra dengan kerajaan Arab Saudi.
“Hakikatnya jumlah sebenar tidak dapat dipastikan kerana ia dijalankan secara rahsia, malah The Huffington Post berkata, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan andai jumlah tersebut lebih dari itu.”
Selain itu, Raja Petra turut memaklumkan, Qatar dan Emirates turut bertindak melakukan perkara sama terutama kepada negara Islam miskin atas alasan untuk menyebarkan dakyah Islam, namun sebenarnya ia dilakukan untuk mendapatkan pengaruh, sama seperti yang dilakukan para pelobi Amerika Syarikat.
Menurutnya lagi, pihak Amerika Syarikat mengetahui tentang situasi tersebut namun yang peliknya, mereka dilihat langsung tak ambil kisah dan terus mendiamkan diri?
Soal Raja Petra, adakah pihak Amerika Syarikat menyokong tindakan tersebut kerana mahu mengekalkan pengaruh Arab yang sememangnya diketahui menjalinkan kerjasama dengan mereka?
Selain itu, Raja Petra menyatakan sumbangan derma berkenaan dibuat atas tujuan supaya Arab Saudi dapat mengekalkan sistem pemerintahan Monarki iaitu menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan luar. Dalam erti kata lain, mereka ‘membeli’ hubungan diplomatik dengan kerajaan luar melalui dana tersebut.
“Pakistan melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi meluluskan USD35 bilion pada 2005 untuk pembinaan masjid dan madrasah di Asia Tenggara. Berbillion lagi diberi kepada negara-negara barat untuk pembinaan pusat-pusat budaya Islam. Walaupun ia dilihat sebagai usaha meluaskan dakyah Islam, tapi sebenarnya ia adalah untuk mengukuhkan pengaruh.
“Bukankah ini juga cara yang dilakukan oleh barat dan Amerika, mendapatkan pengaruh melalui sumbangan dana?” tulis Raja Petra lagi.
Jadi, menurut penulis lagi ia bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila kebenaran tentang sumbangan dana berjumlah RM2.6 bilion itu bersumberkan dari Timur Tengah mahupun negara Arab.
Bukan itu sahaja, Raja Petra turut mempersoalkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut pernah menerima bantuan dari sana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti Islamik pada 1970-an sebelum dia menyertai UMNO?
Malah, dia masih menerima dana tersebut setelah dipecat dari UMNO dan dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh dan ia telah didedahkan oleh satu program televisyen Australia 14-15 tahun lalu.
“Perdana Menteri berkata, wang yang diterimanya tidak diseludup dari sumber haram dan ia telah dilakukan atas pengetahuan Bank Negara. Malah, Bank Negara juga tidak pernah menafikan bahawa mereka tidak mengetahui kewujudan wang berkenaan.
“Hakikat bahawa ia tidak disembunyikan dalam akaun calon mahupun proksi dan disimpan dalam akaun peribadi Najib menunjukkan kenyataan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan. Atau jika dia ingin menyembunyikannya, dia bukan sahaja boleh menyembunyikannya dalam akaun proksi tapi juga dalam akaun luar negara seperti di Hong Kong.”
Lantas itu, kata Raja Petra, kenyataan bahawa Najib membenarkan Bank Negara mengetahui tentang kewujudan transaksi berkenaan dan menyimpannya di dalam akaun bank peribadi adalah untuk mengelakkan segala syak wasangka.
Sumber: Malaysia Today
Anwar Ibrahim Munafik & Pengkhianat – Raja Petra