Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

4,262 Kes Baharu Dengan...

KUALA LUMPUR : Malaysia melaporkan 4,262 kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang...

Kerugian Bersih Malaysia Airports...

PETALING JAYA : Kerugian bersih Malaysia Airports Holdings Berhad mengecil sebanyak 63.6 peratus...

PRN Sarawak: BN Menang...

KUCHING - Calon Barisan Nasional (BN), Dr. Haji Abdul Rahman Ismail diisytiharkan menang tanpa bertanding...

Budak Buta Hafal Quran...

MESKIPUN mengalami cacat penglihatan sejak dilahirkan, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafal...

Bakar Diri Ketika Tunjuk Perasaan

Seoul – Seorang lelaki berusia 80-an membakar dirinya ketika menunjuk perasaan untuk mendesak Jepun meminta maaf kerana memaksa wanita Korea bekerja di pusat pelacuran tentera ketika Perang Dunia Kedua.

Kejadian berlaku ketika demonstrasi harian di luar kedutaan Jepun menjelang 15 Ogos, hari ulang tahun ke-70 berakhirnya penjajahan Jepun di semenanjung Korea.

Orang ramai bertindak menyelamatkan lelaki berkenaan dengan menggunakan sepanduk untuk memadamkan api sebelum lelaki itu dibawa ke hospital.

Agensi berita Yonhap melaporkan, lelaki itu datang ke Seoul dari Gwangju, bandar di selatan negara itu, untuk menyertai tunjuk perasaan berkenaan.

Di Korea Selatan, penjajahan Jepun dari 1910 hingga 1945 masih menjadi subjek sensitif.


Hubungan kedua-dua negara tegang sejak sekian lama kerana rasa tidak puas hati Seoul terhadap keengganan pemimpin Jepun meminta maaf dan mengaku kesalahannya memaksa wanita dan gadis Korea menjadi pelacur. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=OSTe_W7RhMI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori