Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sempadan Thai-Malaysia Akan Dibuka...

BANGKOK : Kerajaan Thailand merancang membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan bagi merangsang...

5 Maut, Seorang Parah...

SONGKHLA - Lima pemotong rumput maut dan seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah...

122 Terbunuh Akibat Banjir,...

SEKURANG-kurangnya 122 orang terbunuh dalam kejadian banjir lumpur di Sri Lanka selepas dilanda...

Seorang Lelaki Maut, 2...

MIRI - Seorang lelaki maut dibunuh dalam satu pergaduhan yang berlaku di hadapan...

Bangkai Pesawat Trigana Air Dikesan

JAYAPURA (Indonesia) – Sebuah pesawat mencari mengesan bangkai pesawat penumpang Indonesia yang hilang bersama 54 penumpang dan anak kapal, menurut pegawai penyelamat.

Tiada laporan segera berhubung mangsa yang selamat dalam nahas ketika cuaca buruk di kawasan gunung di timur Papua.

Pesawat Trigana Air Service itu dalam perjalanan dari ibu negeri Papua, Jayapura, ke bandar Oksibil apabila ia terputus hubungan dengan pihak lapangan terbang Oksibil.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Barata, menyatakan tiada petunjuk bahawa juruterbang membuat panggilan kecemasan.


Bangkai pesawat itu dikesan kira-kira 12 kilometer dari Oksibil dan Ketua BASARNAS, Henry Bambang Soelistyo, berkata anggota penyelamat sedang bersiap sedia untuk ke lokasi pesawat terhempas menerusi udara dan darat. Pesawat turboprop ATR42-300 itu membawa 49 penumpang dan lima anak kapal ketika penerbangan yang dijadualkan selama 42 minit itu. – AP

https://youtu.be/2Tgjl9mohFo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori