Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Nadal Kembali Berbisa Di...

ROME - Rafa Nadal kembali menguasai gelanggang tanah liat pada musim ini apabila...

Malaysia Akan Bendung Isu...

BERLIN (Germany) - Malaysia bersetuju untuk membantu menangani masalah pelarian Syria, yang kini...

Alahai Artis: Nampak Cerdik...

ANDA pernah menyayanginya. Jadi kenapa harus bermati-mati menyimpan rasa dendam dengan sikap membenci...

Muntah Ikan Paus Sebesar...

PARIS - Satu ketulan muntah ikan paus yang dijumpai seorang lelaki hanyut di...

Bayi 11 Hari Ditikam Di Kepala Oleh Pesakit Lain

Vietnam – Kesian bayi ini kerana menjadi mangsa `orang gila’. Dia baru berusia 11 hari namun kini bergelut untuk hidup selepas ditikam di kepala dengan pisau sepanjang 12 inci oleh seorang pesakit wanita di sebuah hospital.

Pisau tikaman itu terkena otaknya dan nyaris mengenai mata bayi terbabit.

Bayi itu sebelum ini dimasukkan ke wad kerana mengalami pneumonia dan ketika kejadian ibunya, Vo Thi Hong Duyen, 32, berada tidak jauh daripada bayi berkenaan.

“Ketika itu pukul 3.40 pagi dan saya terbangun apabila mendengar bunyi bising dan ketika itu saya nampak Nguyen Thi Van yang berkongsi bilik dengan anak saya menyerangnya.

“Dia melompat ke atas saya dan kami kemudiannya bergelut. Saya melihat bayi saya menangis dan pisau tertusuk di mukanya dengan berlumuran darah,’’ katanya.

Menurut Hong Duyen, selepas dia menjerit, wanita itu melarikan diri.

Bayi itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak di Ho Chi Minh City dan terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.


Menurut doktor yang merawatnya, disebabkan kedudukan tikaman berkenaan, bayi itu mungkin menjadi lumpuh, sukar bernafas dan mungkin meninggal dunia ketika pisau dikeluarkan.

“Bayi itu ditikam dekat dengan mata kirinya, nasib baik tidak terkena pisau tersebut.

“Apa yang membimbangkan ialah bayi itu berdepan risiko pendarahan dan jangkitan di bahagian otak,’’ katanya.

 

https://www.youtube.com/watch?v=DIZeImuy_0k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori