SEORANG bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam tandas awam sebelum diselamatkan oleh pihak polis di China.
Menurut media tempatan, bayi perempuan itu dijumpai dalam keadaan kepalanya tersekat dalam lubang jamban selepas dipercayai dibuang oleh ibunya di situ.
“Kepala bayi tersebut berada dalam keadaan terbalik dan badannya hampir masuk ke dalam lubang kumbahan itu,” kata pegawai yang bertugas.
Polis yang bertugas bimbang bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memotong paip itu lantas bertindak menarik bayi malang itu secara lembut menggunakan tangan sendiri.
Kejadian yang berlaku di Beijing itu disedari orang ramai selepas terdengar tangisan bayi dan berdasarkan kesan darah di bahagian tepi jamban, dipercayai bayi tersebut ditinggalkan ibunya sejurus selepas bersalin.
Bayi itu dikejarkan ke hospital selepas berjaya dikeluarkan dan kini mendapat rawatan lanjut di hospital berdekatan. – Agensi/ MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=CGl0O3GnA0c