Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ramadan: Perlis Sumbang RM4.5...

KANGAR - Kerajaan negeri Perlis memperuntukkan RM4.5 juta untuk 30,521 umat Islam di...

Malaysia Tidak Demokrasi Kerana...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara berdemokrasi kerana kerajaan...

Penuntut: Tangani Masalah Bila...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan penuntut-penuntut...

TH Tambah Baik Sistem...

MADINAH – Tabung Haji (TH) menambah baik sistem teknologi maklumat (IT) agensi berkenaan bagi memastikan kelancaran operasi jemaah...

Bekalan Mata Wang Asing Mencukupi – MAMSB

KUALA LUMPUR – Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB) memberi jaminan bekalan mata wang asing di Malaysia adalah mencukupi disebalik kejatuhan nilai ringgit.

MAMSB dalam satu kenyataan media memberitahu, bekalan mata wang asing itu mencukupi untuk memenuhi permintaan orang ramai terutama bersempena musim haji tahun ini.

“MAMSB ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa terdapat bekalan yang mencukupi mata wang asing di pasaran untuk memenuhi permintaan semasa dan juga bagi memenuhi permintaan bermusim seperti musim haji,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, MAMSB menasihati orang ramai supaya menukar mata wang dengan pengurup wang berlesen di Malaysia sebelum melancong ke luar negara.

Jelas MAMSB, terdapat lebih 350 pengurup wang berlesen dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang.


“Orang ramai yang menghadapi kesukaran untuk membeli mata wang asing yang diperlukan boleh menghubungi kami di 03-7722 5808,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai MAMSB boleh diperoleh dengan melayari laman web www.mamsb.org.my. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori