Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPM Arah KPN Lebih...

PUTRAJAYA - Perbuatan terbaharunya sengaja tunjuk gambar menerusi Facebook sedang guna kertas yang...

Dulu Bergambar Dengan Idola,...

SINGAPURA - Siapa sangka seorang kanak-kanak Singapura yang begitu teruja bertemu idolanya dari...

Video 2 Beradik Bunuh...

TULAR di laman sosial video dua beradik bunuh diri dengan cara terjun dari...

Kementerian Kaji Cadangan Perluaskan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji cadangan memperluaskan...

Bekas Pengerusi NGO Mengaku Salah Beri Projek Kepada Suami

JOHOR BAHARU – Bekas Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Cawangan Maokil 2, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan jawatannya sebagai pengerusi pada 2012 untuk memberikan projek bernilai RM40,000 kepada syarikat milik suaminya.

Tertuduh Khatijah Mohamad, 30, didakwa menggunakan jawatan itu untuk membuat keputusan dan melakukan pindaan dana persatuan agar projek pembinaan pusat memancing dan taman rekreasi MBFM diberikan kepada Syarikat Berkat Sri Kreatif milik Ruzaidy Ibrahim, 30, yang kini merupakan bekas suaminya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 Okt 2012, kira-kira pukul 1.20 petang di hadapan Maybank Cawangan Labis.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.

Bagaimanapun, dalam rayuannya, Khatijah meminta diringankan hukuman dan denda atas alasan tidak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang dan disebabkan itu, dia terdorong melakukan tindakan berkenaan.

“Saya tidak pernah diberitahu atau ditegur mana-mana pihak bahawa tindakan saya itu salah.


“Saya hanya tahu apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan pada waktu itu, saya juga ingin membantu suami yang ketiadaan projek sejak sekian lama,” katanya.

Hakim Mohd Haldar Aziz menetapkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM200,000 ke atas tertuduh.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noor Fazlin Hamdan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori