Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rayuan Pekerja Pusat Hiburan...

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan  seorang pekerja pusat...

Anggota, Pesara Tentera Ditahan...

PARIT - Dua anggota dan seorang pesara tentera ditahan selepas pihak polis menemukan...

Wanita Syaki Suami Curang...

LONDON - Seorang wanita mengesyaki kecurangan suaminya hanya melalui buah zakar. Pendedahan oleh...

Lambakan Pekerja Asing: Tubuh...

KUALA LUMPUR - Salah satu punca meningkatnya jumlah pekerja asing di negara ini...

Bekas Pesuruhjaya PAS Sarawak Sertai GHB

KUCHING – Bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Othman Mustapha mengumumkan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi GHB Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden berkata keputusan Othman itu adalah kerana yakin dengan pendekatan Islam dibawa gerakan itu yang lebih inklusif dan progresif.

“Dengan kehadiran Ustaz Othman yang memiliki pengalaman luas, ia mampu membantu GHB Sarawak melangkah lebih jauh dalam usaha dakwah di Sarawak dengan lebih berkesan dan progresif,” katanya kepada Bernama.

Othman yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam Bidang Pengajian Usulludin di bawah Jabatan Akidah dan Falsafah, dipilih memimpin PAS negeri dari 2009 hingga 2010.

Pada Mei 2010, khidmat Othman digantikan oleh Adam Ahid.


Allahyarham Adam berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri sehingga beliau meninggal dunia pada 17 Ogos lepas.

Othman pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum 1999 di Parlimen Batang Sadong, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Sukinam Domo. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori