Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tidur Tanpa Pakaian Rahsia...

SEORANG warga emas yang muncul dalam satu program TV memaparkan dirinya dan anak sedang...

Remaja Hantar Pulang Mayat...

KUANTAN - Pelajar Tingkatan Lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj...

Nurse Ajar Cara Betul...

MENCUCI tangan dengan betul merupakan kaedah terbaik untuk mencegah penularan kuman dan bakteria. Oleh...

Wanita Ditemui Mati Dengan...

KUCHING — Seorang wanita ditemui dalam keadaan bogel dengan tangan dan kakinya diikat...

Belum Lagi Lahir, GHB Sudah Dilanda Krisis

BENARLAH kata ulama, jika lahir bukan atas takwa dan iman, pastinya tidak berkat, maka itulah yang berlaku ke atas sebuah parti Islam bakal serpihan Pas, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan lahir pada 31 Ogos ini.

Memetik laporan portal AgendaDaily, usaha GHB cuba mengambil alih secara rahsia Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bagaimanapun ‘kantoi’ apabila berjaya dikesan Setiausaha Agungnya, Azmi Othman.

KITA yang pernah dipimpin bekas pemimpin UMNO dan kemudian PKR, Zaid Ibrahim sebelum ini dilaporkan menerima ‘ganjaran’ RM140,000 untuk diambil alih oleh pihak GHB menjadi parti pembangkang terbaharu.

Bagaimanapun perkara itu segera dinafikan oleh GHB, tetapi pada masa sama Azmi membuat laporan polis apabila mengesan ada minit mesyuarat palsu KITA yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ia menyatakan bahawa ada individu lain sudah dilantik rasmi sebagai presiden baharu KITA bagi menggantikan Masrum Dayat dan parti tersebut mengesyaki usaha secara senyap itu cuba didalangi oleh pihak GHB.

“Mujur semakan dengan ROS mengesahkan tiada berlaku apa-apa perubahan tetapi atas sebab keselamatan, saya kena buat laporan polis untuk siasat kemungkinan ada cubaan jahat pihak luar,” kata Azmi dipetik The Star.

ROS dalam pada itu turut memaklumkan tiada apa-apa permohonan untuk penubuhan parti baharu yang diuar-uarkan kononnya sebagai GHB atau pengambilalihan daripada mana-mana parti politik kecil sedia ada.

Sementara itu, belum lagi lahir di dunia, GHB dilaporkan beberapa penulis blog propembangkang sedang krisis ‘rebut’ jawatan presiden daripada Mohamad Sabu yang dikatakan kurang sesuai memegang posisi tersebut.


Bekas Timbalan Presiden Pas itu ketika berucap melancarkan GHB di Terengganu minggu lalu pernah menyuarakan hasratnya untuk berundur daripada menjadi ketua dengan syarat ada calon yang lebih sesuai.

Ini menyaksikan tiba-tiba boleh muncul dua calon iaitu Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Datuk Husam Musa menawarkan diri untuk menjadi pengganti Presiden GHB yang bakal dikenali sebagai Parti Amanah Rakyat.

Kebanyakan bloger pro-Pas dikatakan cenderung ke arah anak bekas Presiden Pas, Yusof Rawa khususnya dari segi imej penampilan sahsiah diri dan latar belakang pengetahuan agama beliau yang memang cukup hebat.

Namun sebuah portal propembangkang tanpa rahsia turut berkempen atas nama Husam dan secara terang mendakwa, sebahagian besar jentera awal penggerak GHB adalah penyokong Exco Kerajaan Kelantan itu.

Hakikatnya, drama kemelut GHB biarpun konon berimej Islam tetapi sudah menyerlahkan wajah sebenar mereka yang sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat kepentingan sendiri. – Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori