Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kajian Cadangan Bina Loji...

KUALA TERENGGANU - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah menyiapkan kajian terperinci...

Fitnah-Fitnah Yang Sering Disebarkan...

Petikan dari pemilik akaun Thaqib Shaker - Klik SiniBACA dan SEBARKAN!Masyarakat dunia...

KKM Belum Putuskan PKP...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat memberi kepastian sama ada Perintah...

Nikah Hari Ini, Mell...

TAHNIAH diucapkan kepada pengantin baharu, Melly Matius yang merupakan vokalis kumpulan Sakura Band,...

Bendera LGBT ‘Megah’ Berkibar Di Bersih 4.0

BENDERA warna pelangi yang merupakan simbol rasmi kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) nampaknya berkibar megah pada perhimpunan haram Bersih 4.0.

Kelihatan, bendera golongan songsang dilaknat Allah SWT itu penuh bangga diangkat bersebelahan dengan bendera Jalur Gemilang dalam gambar yang menjadi viral di media sosial sejal awal malam Sabtu.

lgbt2

Jika diikutkan, agenda utama yang dibawakan hasil daripada perhimpunan Bersih sudah jauh daripada apa yang pernah diusahakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu sebelum ini.

Kami masih ingat lagi, objektif asal perhimpunan jalanan Bersih yang pertama berlangsung pada 2007 lalu hanyalah mahu melihat sebuah pilihan raya dijalankan secara ‘bersih’.

Namun ketika Bersih 2.0 iaitu pada 2011, kita dikejutkan dengan agenda sebenar perhimpunan ini yang sudah jauh daripada matlamat asal apabila pengerusinya waktu itu, Datuk S. Ambiga menyokong perjuangan LGBT.

Ternyata Bersih kini bukan saja menjadi alat parti politik pembangkang seperti DAP dan PKR, ia juga sedia mendukung agenda pelan songsang induk yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka.

Selain itu, poster memaparkan watak Batman dan Superman bercium kelihatan di beberapa tempat Bersih 4.0 sudah terang-terangan bawa hasrat mahu kerajaan meluluskan golongan songsang ini dalam perlembagaan.

lgbt5

Apakah agenda LGBT yang tersirat dibawakan menerusi Bersih 4.0 selari dengan matlamat agenda perjuangan parti-parti politik pembangkang yang mendukung demo haram tersebut?


Adakah ini juga merupakan wadah progresif Islam terbaharu yang mahu dibawakan oleh sebuah NGO dikenali Gerakan Harapan Baru (GHB) yang rata-rata terdiri daripada umat Islam?

Serta tidakkah mereka ‘peduli’ dengan agenda terkutuk LGBT menerusi Seksualiti Merdeka yang sengaja dibawakan oleh Bersih 4.0 selama ini?

Sebagai seorang Muslim, berfikirlah sedalam-dalamnya mengenai agenda halus yang datang bersama ‘matlamat’ yang terdapat di dalam Bersih 4.0.

Dalam kata lainnya, umat Islam yang menyertai perhimpunan jalan Bersih 4.0 secara tidak langsung atau secara automatiknya menyokong agenda memartabatkan keunggulan LGBT.

Lupakah anda mengenai peristiwa azab yang menimpa kepada umat kaum Nabi Luth di mana mereka telah dimusnahkan dengan bencana yang sangat ngeri dan dahsyat akibat daripada budaya songsang ini?

Pedih tapi itulah hakikatnya. Auwwww!!! - MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=DAYk3MeF4B0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori