Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tempoh Serahan SD Berakhir,...

KUALA LUMPUR - Tempoh bagi 220 Ahli Parlimen menghantar akuan bersumpah (SD) kepada...

Remaja 14 Tahun Perlukan...

IPOH - Ketika remaja seusianya sibuk belajar dan rancak bermain bersama rakan sebaya,...

Alas Periuk Daripada Lidi...

KULIM – Biarpun terdapat pelbagai variasi alas moden bagi meletakkan periuk panas yang...

Hilang Kaki, Tidak Luntur...

SUBANG JAYA - Tanggal 8 Februari 1986 menjadi titik sejarah yang dikenang seumur...

Berhati-Hati Kongsi Maklumat Di Laman Sosial Untuk Elak Fitnah

KUALA LUMPUR – Pengguna internet perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat atau memberi komen berhubung sesuatu isu di laman sosial kerana dibimbangi ia boleh menjurus kepada fitnah dan tohmahan terhadap pihak lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perbuatan itu juga boleh mengaibkan pihak berkenaan, sekaligus mengeruhkan hubungan sesama manusia akibat perbezaan pendapat.

“Kalau pun benda itu betul dan membuka aib dia, itupun satu dosa besar. Kita kena elak fitnah kerana kalau kita boleh kekang perkara ini, kita dapat mewujudkan satu aura yang lebih positif dalam masyarakat yang terlalu dihidangkan dengan segala perkara negatif,” katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang penceramah bebas yang didakwa mengaitkan pemberian susu lembu (formula) kepada bayi, boleh mempengaruhi akhlak anak dalam sebuah program televisyen yang membincangkan topik mengenai kebaikan susu ibu.

Ia kemudiannya diviralkan di media sosial, sekaligus mengundang rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Asyraf Wajdi berharap sebarang isu yang diviralkan di media sosial yang boleh menjurus kepada fitnah terhadap sesiapa sahaja, dapat dihentikan demi menjaga hubungan baik sesama manusia.


“Dapat sahaja maklumat, jangan kita sebar. Tapi kita mesti bersangka baik dulu dan jangan bersangka buruk. Setiap maklumat itu kena kaji terlebih dahulu sebelum kita buat kesimpulan,” katanya.

Terdahulu, Asyraf Wajdi merasmikan Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara, sempena sambutan jubli emas Masjid Negara.

Dalam ucapannya beliau berkata buku di perpustakaan masjid juga boleh didigitalkan untuk memberi pilihan kepada pengguna membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

“Selain itu, ceramah-ceramah yang telah dimuat naik ke YouTube oleh pelbagai agensi juga boleh dijadikan sebahagian maklumat bermanfaat kepada perpustakaan masjid dan disampaikan kepada masyarakat,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori