Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Disiplin Terhadap Tian...

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai...

Perbarisan, Acara Naik Bendera...

KUALA LUMPUR - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan...

Suspek Larikan Kereta Honda...

Kuantan : Seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen...

Mahathir Sedia Serah Jawatan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai...

Berita Pelawak Pie Sudah Meninggal Dunia Tidak Benar!

KHABAR angin yang mendakwa pelakon komedi, Shafiee Jaafar atau mesra disapa Pie telah kembali ke Rahmatullah adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, pelakon yang terkenal menerusi filem Nana Tanjung dan Mami Jarum ini masih hidup dan sedang dirawat di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang sejak semalam.

Shafiee Jaafar@ Pie

Difahamkan, aktor veteran itu dimasukkan ke hospital di Seberang Perai Utara itu pada pukul 2 pagi semalam selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau hingga menyebabkan seluruh badannya menggigil.

Dalam pada itu, Pie turut meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab dikesan sengaja menyebarkan fitnah sebegitu padanya.

Katanya, dia tidak tahu apakah tujuan sebenar dan mengapa berita sebegitu cuba disebarkan.


“Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini,” katanya yang dimasukkan ke wad berikutan jangkitan pada paru-paru.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori