Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sah! Datuk Siti Nurhaliza...

KUALA LUMPUR - Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil. Pengesahan...

Wanita Lahir Tanpa Rahim...

Seorang wanita yang dilahirkan tanpa rahim dan pangkal rahim hanya menyedari mengenai keadaan...

MA63: Tak Banyak Beza...

TIDAK banyak perbezaan pendapat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak...

Starbucks Masuki Pasaran Mencabar...

STARBUCKS yang sudah menguasai pasaran rangkaian kedai kopi di seluruh dunia kini tiba...

Berselfie Tanpa Henti Hingga Sampai Ajal

Kuala Lipis – “Kak Yong gembira pada Ahad lalu selain tidak berhenti berselfie dengan saya di dalam kereta selepas kami sekeluarga makan di sebuah restoran di Pagoh, Johor, namun saya tidak menyangka itu petanda dia (Kak Yong) akan pergi buat selama-lanya.

“Saya reda dengan kejadian itu dan akan menggalas tugas menjadi ‘kakak sulung’ dalam keluarga,” kata Nor Farhana Mahmod, 20, adik kepada Nurul Lyana Mahmod, 23, penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terbunuh dalam kemalangan kelmarin.

Ketika kejadian, Nurul Lyana dalam perjalanan ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands untuk menjalani latihan amali sebelum kereta Honda Civic dipandunya terbabas dan bertembung kereta Perodua Myvi di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub, dekat sini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa dari Alor Gajah, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lipis, di sini, untuk bedah siasat. – myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori