ANEH dan pelik… sudah diberi amaran berkali-kali bahawa himpunan Bersih 4.0 adalah haram dan tidak berdaftar, masih ada juga golongan yang memekakkan telinga membenarkan diri dieksploitasi dengan menyokong dakyah menjatuhkan kerajaan.
Lebih parah, ramai mengangkat diri mereka sebagai sebagai wira tidak berdendang yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa dan harta dalam menyertai demokrasi jalanan kononnya untuk menuntut perjalanan pilihan raya bersih dan adil.
Sebelum ini, habis dicanang seluruh media propembangkang kononnya himpunan Bersih 4.0 kali ini bakal mencipta sejarah terbesar daripada segi saiznya berikutan kemarahan terhadap petadbiran yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, ternyata itu semua hanyalah omong kosong semata-semata apabila hasil kajian sebuah agensi bancian bebas yang selama ini mesra pembangkang, Merdeka Center jelas membuktikan 47 peratus rakyat Malaysia membantah himpunan haram ini.
BACA: Merdeka Center: 70% Melayu Tentang Bersih 4.0
Walaupun ramai yang membantah, kajian bertaraf antarabangsa ini juga melaporkan kaum Cina adalah golongan yang paling ramai menyokong acara himpunan haram tersebut dengan catatan 81 peratus.
Melihat senario gambar yang dikongsi netizen menerusi laman sosial, tidak dinafikan himpunan ini hampir 100 peratus dibanjiri oleh kaum Cina.
Sebahagian besar yang datang itu pun sebab hendak melihat aksi ‘gedik’ serta ‘iklan percuma’ wanita seksi Tionghua memakai baju-T Bersih 4.0 berwarna kuning.
Tidak kurang juga, muncul jenaka mendakwa ianya barangkali menjadi perhimpunan kaum Cina lawan kerajaan Melayu!
Ironinya, umum tahu bahawa dalam kepercayaan kaum Cina sendir, nombor 4 adalah angka yang tidak disukai ekoran dipercayai boleh membawa nasib malang dan kecelakaan.
Hal ini kerana sebutan nombor 4 iaitu ‘Se‘ hampir sama dengan sebutan ‘Si‘ dalam bahasa Cina yang memberi maksud mati.
Bagaimanapun, nampaknya masyarakat liberal Cina sendiri sudah tidak kisah dan sanggup melanggar pantang larang nenek moyang mereka kononnya demi menegakkan keadilan politik Malaysia!
Sedangkan, melihat situasi demokrasi jalanan yang diadakan tahun-tahun lalu jelas membuktikan himpunan ini hanyalah membuang masa dan mendatangkan keganasan serta menimbulkan huru-hara semata-mata.
Sememangnya, kaitan angka 4 dan kematian dalam masyarakat Cina tidak dapat dipisahkan.
Begitu juga warna kuning yang menurut fahaman kaum Cina membawa maksud kurang baik, bahkan ada mengaitkannya dengan konotasi sundal atau jahat.
Di sebalik itu, warna kuning sebenarnya adalah warna larangan; eksklusif hanya untuk kerabat diraja dan orang biasa-biasa ‘haram’ memakai warna itu jika tidak mahu ditimpa bala musibah!
Jelaslah angka 4 dan warna kuning yang dipopularkan penganjur Bersih 4.0 mungkin membawa makna malang dan tidak sesuai digunakan dalam kehidupan harian.
Justeru, adakah perhimpunan haram kali ini membawa apa-apa makna tidak elok untuk edisi Bersih kali ini? Mungkinkah ada kematian dalam kalangan kaum Cina yang menjadi majoriti besar peserta Bersih 4.0.
Siapakah yang bakal menjadi mangsa pertama itu. Opsss! Senang cakap, kita tunggu dan lihat natijah demo haram ini pada 11.59 malam esok. – MYNEWSHUB.CC