Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tunggu Mahathir Umumkan Pakatan...

PETALING JAYA - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa...

Wabak Ebola Di DR...

KINSHASA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom menggesa pemantauan lebih...

Menteri-Menteri Luar ASEAN Kutuk...

KOTA KINABALU Para Menteri Luar ASEAN hari ini mengutuk keganasan dan kekejaman kumpulan...

Video: ‘Tiada Siapa Yang...

KHABAR angin di media sosial yang mendakwa pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee...

Bersih 4.0 Bukan Pertubuhan Berdaftar – KDN

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Bersih 4.0, yang bercadang mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini, bukan sebuah pertubuhan berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan KDN juga mendapati Bersih 4.0 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.

Beliau berkata Bersih 4.0 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.

“Menerusi pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, KDN meminta orang ramai supaya tidak hadir dan menyertai perhimpunan pada hujung minggu ini yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori