Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sik Jadi Lokaliti Pertama...

Satu projek yang murni dan diharap akan berjaya.

RM137j Nanti Pemenang Ratu...

RIYADH - Lebih 300,000 unta akan menyertai pertandingan merebut gelaran unta paling cantik...

10 Perangai Buruk Penumpang...

PERNAHKAH anda merasai pengalaman berhadapan dengan penumpang-penumpang yang memiliki perangai buruk ketika menaiki...

Rumah Rentung Ketika Pemilik...

KUALA TERENGGANU - Walaupun hasrat seorang suri rumah ingin mencari kerja terkubur, namun...

Bersih 4 Cuba Guling Kerajaan, Hancurkan Negara – Shabery

KUALA SELANGOR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penganjuran perhimpunan Bersih 4 di ibu negara pada Sabtu dan Ahad bukan sahaja cuba menukar kerajaan malah berniat menghancurkan negara.

Beliau berkata ini kerana penganjuran himpunan haram itu dilihat menggunakan modul sama seperti dipraktikkan dalam pemberontakan rakyat ketika fenomena ‘Arab Spring‘ melanda negara-negara Timur Tengah suatu ketika dulu.

“Kita dah lihat modul digunakan Bersih sama dengan mereka yang ingin jatuhkan kerajaan melalui ‘Arab Spring‘ di mana tiada ketua atau organisasi yang jelas untuk bertanggungjawab selain banyak guna pengaruh media sosial.

“Apabila kerajaan di Libya, Yaman hancur, rakyat yang derita hingga ada yang terpaksa melarikan diri ke negara lain. Akhirnya siapa yang sebenarnya patut bertanggungjawab? Ini yang cuba dibuat oleh Bersih,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Selangor di sini, pada Sabtu.


Justeru, katanya beliau tidak hairan apabila penganjuran Bersih 4 mendapat sokongan pihak luar yang jelas memang mahu melihat kerajaan dan Malaysia tidak stabil serta negara ini tidak lagi aman.

“Bersih ternyata tidak datangkan apa-apa kebaikan kepada negara. Lebih menyedihkan penganjuran perhimpunan ini turut menganggu persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada Isnin ini,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori