Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PDRM Sudah Dapat Waran...

DALAM satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan satu waran tangkap...

Indonesia Hargai Bantuan Malaysia...

JAKARTA - Indonesia menzahirkan penghargaan kepada Malaysia yang sering membantu negara itu setiap...

Tong Gas Meletup, 5...

KUALA LUMPUR – Lima pekerja warga asing cedera parah akibat melecur selepas sebuah...

Lebih 4 Juta iPhone...

Walaupun iphone 6 dan iphone 6 plus yang dilancarkan minggu lepas dikritik dari...

Bersih 4 Gagal Capai Sasaran, Objektif Penganjuran

PERHIMPUNAN haram Bersih 4 ternyata gagal mencapai matlamat penganjurannya yang berlangsung selama 34 jam bermula dari jam 2 petang Sabtu (29 Ogos) sehingga detik ambang kemerdekaan pada jam 12.00 tengah malam tadi.

Anggaran ratus ribu penyertaan yang diwar-warkan oleh pembangkang sebelum ini ternyata tak tercapai apabila ianya lebih kurang 35 ribu peserta yang hadir di mana 90 peratus daripadanya merupakan kaum Cina sekaligus membuktikan penduduk Malaysia terutamanya bangsa Melayu menolak apa sahaja jenis ‘kekacauan’ yang cuba dicetuskan oleh pihak pembangkang terutamanya dari parti DAP.

013-1024x683

Kekurangan penglibatan peserta Melayu dalam himpunan kuning itu disebabkan keengganan PAS untuk turut serta dalam penganjuran kali ini kerana hubungan mereka dengan DAP yang diibaratkan seperti ‘berpatah arang, berkerat rotan’.

Memetik kenyataan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Azizddin Mohd Sani mengenai jumlah kehadiran kaum Melayu yang dilihat semakin terjejas pada penganjuran kali ini jika dibandingkan dengan edisi terdahulu, ini merupakan pendapatnya seperti yang dipetik menerusi Rakyat Post, “Sebelum ini memang kita tengok jelas bahawa PAS adalah antara mereka yang berada di barisan hadapan, dengan kewujudan unit amal mereka dan sebagainya.

“Kalau dulu, mereka selalu juga hantar wakil macam Dr Idris Ahmad, jadi bila PAS tak ada, ahli PAS juga tak ada yang turut serta, maka bukan Melayu yang ramai hadir.

“PAS walaupun telah ada yang berpecah dan GHB (Gerakan Harapan Baru) ada datang tapi tak ramai Melayu yang hadir. Jadi, Melayu dilihat berbelah bagi untuk sokong Bersih,” katanya.

Selain itu, perbuatan biadap sesetengah peserta demo turut mencerminkan tahap pemikiran mereka yang sesuka hati mengutuk dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pelbagai poster dan banner yang keterlaluan.

Malah, ada yang berani memijak poster yang tertera wajah Najib. Tingkah laku seperti ini ke kita hendak sajikan kepada masyarakat seluruh dunia, memandangkan himpunan ini turut mendapat liputan daripada pihak media antarabangsa.

Tepuk dada, tanya diri anda sendiri..

IMG-20150830-WA0029

IMG-20150830-WA0030

IMG-20150830-WA0028

IMG-20150830-WA0027


pm

IMG-20150830-WA0033

Yang paling kelakar dakwaan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengisytiharkan sambutan kemerdekaan tahun ini merupakan hari terakhir pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia.

Anwar yang sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat melalui satu ‘perutusan’ turut mendakwa hari tersebut adalah pengakhiran ke atas kezaliman serta penindasan yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat.

Malangnya hingga ke hari ini, tiada apa-apa perubahan berlaku!

Memang angan-angan Mat Jenin itu terlalu tinggi, susah hendak dicapai oleh mereka-mereka yang bercita-cita mahu menakluk negara dengan menggunakan pendekatan ‘memperkudakan’ rakyat untuk kepentingan politik masing-masing.

Jadi, dengan berakhirnya himpunan 34 jam itu, buat peserta pastinya ‘pengalaman’ yang diperolehi hanya penat dan lelah selain ‘mengotorkan’ pemandangan di sekitar Dataran Merdeka yang selama ini menjadi mercu tanda kebebasan tanah air.

Mungkin selepas ini cukup-cukuplah diadakan demonstarsi jalanan haram yang bukan sahaja menimbulkan huru-hara sebaliknya turut mencacatkan nama baik negara di mata dunia.

Fikir-fikirkanlah.. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=YxfMhZHvUhY

https://www.youtube.com/watch?v=x5tO9tEKFA8

https://www.youtube.com/watch?v=iBTH-mg9dyM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori