PUSAT beli belah utama yang terletak dalam lokasi sekitar sasaran perhimpunan haram jalanan Bersih 4.0 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini, dijangka beroperasi seperti waktu biasa.
Memetik laporan portalĆāĆĀ The Rakyat Post, salah satu pusat beli belah antaranya Sogo tetap akan meneruskan perniagaan memandangkan jualan murah besar-besaran sempena pra-Merdeka sedang dijalankan.
“Jualan murah bermula semalam (Khamis) dan akan diteruskan setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sehingga Isnin,” kata seorang jurucakapnya yang enggan dikenali.
Sementara itu,ĆāĆĀ pusat beli belah Pertama Complex yang terletak di sebelahnya juga dijangka beroperasi seperti biasa pada Sabtu dan Ahad ini sempena cuti panjang Hari Merdeka.
Jurucakap syarikat pengurusan kompleks belah belah itu, Uda Holding Sdn. Bhd. memberitahu, mereka tidak rancangĆāĆĀ untuk meningkatkan kawalan keselamatan semasa himpunan tanpa permit itu berlangsung.
“Ia akan beroperasi seperti biasa seperti tiada apa-apa perkara buruk berlaku di sini sepanjang perhimpunan yang pernah berlaku sebelum ini,” kata jurucakap terbabit.
Jelasnya,ĆāĆĀ pengunjung pusat beli belah berkenaan juga tidak perlu berasa takut untuk datang membeli belah pada hujung minggu ini.
Difahamkan, pusat beli belah yang berada di kawasan sekitarĆāĆĀ seperti Maju Junction Mall dan sepanjang Jalan Sultan Ismail, juga dijangka beroperasi seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: The Rakyat Post