Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Basikal Lajak: Mahkamah...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengarahkan seorang jurujual wanita...

Lelaki Tergamak Bakar Kawan...

YOGYAKARTA: Hanya tidak berpuas hati disebabkan urusan jual beli ikan, seorang remaja tergamak...

PAS Rampas Terengganu, Kekal...

PUTRAJAYA - PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan penguasaannya di Kelantan...

Kerana Minat, Mat Salleh...

PERGHH.. apabila sebut pasal tempe, sudah terbayang-bayang rasa keenakan kacang soya yang dimasak...

Bersih 4: Tiada Tangkapan Setakat Petang Ini – Polis

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang tangkapan dan insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan Bersih 4 di ibu negara setakat petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata keadaan keselamatan adalah terkawal dan peserta perhimpunan masih berkumpul berdekatan Dataran Merdeka.

“Polis Kuala Lumpur masih meneruskan kawalan, terutamanya di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan berkumpul.

“Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.


Tajudin berkata polis akan terus memastikan Bandaraya Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat dan ketenteraman awam terkawal.

Katanya orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka esok bagi menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori