Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sejarah Juga Patut Wajib...

KUALA LUMPUR - Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) meminta kerajaan untuk memperketatkan syarat...

Kenapa Jho Low Diberi...

ISU Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dalam kes 1Malaysia Development...

Burger McDonald’s Edisi Khas...

MCDONALD'S memang sudah tidak asing lagi buat penggemar makanan segera di seluruh dunia. Kunci utama...

Bandar Dnipro, Lutsk Diserang...

KYIV: Tentera Rusia dilaporkan mula menyerang bandar-bandar utama di ibu negara termasuk Dnipro...

Betul Ke Kroni Tun M Derma RM1 Bilion Kepada Pembangkang?

DALAM pada ramai yang mempertikaikan dana dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai wang derma, kini timbul isu baru apabila ada pihak mendakwa, taikun-taikun perniagaan yang rapat dengan mantan PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyumbang sejumlah RM1 bilion kepada pembangkang sejak 2008.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh portal pro-kerajaan Mykmu, ia mempersoalkan tentang tuduhan bahawa ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan yang merupakan pemilik Kumpulan Berjaya telah menyalurkan hampir RM400 juta kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

BACA: Parti Hari Jadi Ke-90 Tun M Memang Hebat Meriah

3a78

Memetik laporan yang disiarkan laman tersebut, “Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.”

Bukan itu sahaja, menurut penulisnya Amin Yatim, beberapa ratus juta turut disumbangkan oleh syarikat YTL, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan beberapa tokoh perniagaan lain bagi membantu Pakatan Rakyat dalam salah satu pilihan raya paling sengit negara ini.

21679173


Dalam penulisan sama juga, penulis menggambarkan rasa kecewanya terhadap tindak-tanduk Tun M yang terus-terusan mempertikaikan kredibiliti Najib berbelanja habis untuk menang PRU, sedangkan dalam pada masa yang sama, dia langsung tidak menghalang tindakan kroninya menghulurkan bantuan kepada pembangkang.

‘Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.’

Lantas, penulis menyifatkan Tun M tidak lagi berkelakuan sebagai seorang negarawan, malah tidak lagi menjadi seorang sahabat.

“Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.” – MYNEWSHUB.CC

Majlis Sambutan Hari Jadi Tun M Anjuran Vincent Tan

1 komen

  1. Kalau ye pun Tun mengarahkan kroni taikun menyalurkan dana kepada pembangkang, itu bukan duit Tun Mahathir dan luar bidang kuasa beliau. Kalau betul pun, beliau memerlukan ramai taikun utk dapat sejumlah RM1 billion atas dasar persahabatan dan menjadi kroni selama lebih berpuluh tahun. Perdana Menteri DS Najib hanya perlukan satu, atau seorang sahaja utk dpt RM2.6bil. Isu ini bukan di antara PM dan Tun M sahaja. Ia di antara negara dan PM. Harusnya PM menjawab isu hangat agar lebih jelas dan difahami rakyat. Mynewshub tak perlu kipas bodek sangat. Tajuk berita sebegini hanya utk alihkan perhatian dan menambah kebingungan pembaca. Mana hak kewartawanan dalam mendapat sumber yang tepat dan padat.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori