Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis, Ahli Politik Sri...

KANDY - Polis dan ahli politik yang disokong bekas presiden Mahinda Rajapaksa dipercayai...

Restoran Saji Makanan Percuma...

PELBAGAI taktik digunakan oleh pengusaha-pengusaha restoran di China untuk melariskan lagi premis perniagaan...

Malaysia Tuan Rumah WESG...

PETALING JAYA - Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Elektronik Dunia (WESG) Asia...

Terima Kasih Kerajaan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Bilik Kaca Pamer Anak Panda Akan Diwujudkan

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik kaca akan diwujudkan untuk dijadikan bilik pameran anak panda gergasi yang dilahirkan oleh Liang Liang apabila berusia dua bulan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat dengan lebih dekat.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata bilik kaca berkenaan akan disiapkan dalam tempoh 60 hingga 70 hari.

“Kami memahami keterujaan rakyat Malaysia malah pelancong asing untuk melihat anak panda itu dengan lebih dekat.

“Bilik kaca berkenaan akan dilengkapi dengan semua keperluan yang diperlukan oleh anak panda bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rosly berkata ketika ini, Liang Liang dilihat lebih mudah untuk didekati selepas pasukan veterinar berjaya memujuk panda gergasi betina itu bagi membolehkan pasukan veterinar melihat anaknya.

“Sejak semalam, pasukan veterinar meneruskan aktiviti memujuk Liang Liang dengan membelai, mengusap dan memanggil namanya.

Ini bagi memastikan Liang Liang memberi kepercayaan kepada pasukan veterinar untuk memantau keadaan bayinya bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Walaupun Liang Liang masih tidak membenarkan bayinya itu dipegang, namun ‘kebenaran’ Liang Liang untuk kami melihat bayi itu dari jarak dekat sudah menggembirakan pasukan veterinar,” katanya.

Tambahnya, anak panda dan ibunya itu kini berada dalam keadaan sihat dan Liang Liang turut menghasilkan susu badan yang banyak.

“Setakat petang ini, Liang Liang masih menerima rebung sebanyak dua kilogram satu hari bersama-sama dengan glukos dan air garam,” katanya.


Katanya pemakanan itu akan diteruskan mengikut keperluan Liang Liang dan anaknya bagi memastikan tumbesaran kedua-dua panda itu berada dalam keadaan terbaik.

“Walaupun kami memberi tumpuan kepada Liang Liang dan anaknya, namun kami tidak pernah melupakan Xing Xing malah penjagaan rapi dan diet untuk panda gergasi jantan itu tetap diberikan keutamaan,” katanya.

Liang-Liang selamat melahirkan seekor panda pada 1.45 petang Selasa lepas di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara.

Kelahiran anak panda itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat catatan mengenai berita gembira itu menerusi laman Twitter beliau.

Pasangan panda gergasi itu sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Pada 25 Jun tahun lepas, Najib mengumumkan nama baharu pasangan panda berkenaan iaitu Xing Xing (kemakmuran) bagi panda jantan dan Liang Liang (cantik) bagi panda betina sempena pelancaran GPCC.

Kedua-duanya akan berada di negara ini selama 10 tahun.

Anak panda yang belum diberi nama itu hanya boleh berada di negara ini selama dua tahun sebelum dihantar pulang ke China, tempat asal pasangan Xing Xing dan Liang Liang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • panda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori