Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ethiopian Airlines Bawa Penumpang...

PESAWAT Ethiopian Airlines bagi penerbangan ET302 yang terhempas berhampiran Addis Ababa, semalam serta...

Pengguna Di Kedah Tak...

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak...

PAS Akui Kurang Bersedia...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti itu masih tidak...

Zara Tunjuk Bukti Gambar...

MAKIN gila! itu ayat paling sesuai  untuk menggambarkan pelacur kelas atasan yang menggelar...

Boleh Tumbangkan Kerajaan Islam – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang diketahui umum sangat cenderung untuk menyebelahi parti-parti pembangkang dalam kebanyakan isu menyatakan sokongan `secara halus’ ke atas penganjuran demonstrasi jalanan yang bertujuan melumpuhkan kerajaan pada 29 Ogos ini.

Beliau walaupun tanpa menyebut perhimpunan BERSIH 4.0 dalam kenyataannya hari ini menegaskan para ulama terdahulu mengharamkan perbuatan menumbangkan kerajaan kerana bimbangkan pertumpahan darah tetapi dunia hari ini membolehkan sesebuah kerajaan diubah, ditukar atau ditumbangkan.

Sehubungan itu, Mohd. Asri mendakwa golongan yang membantah perhimpunan BERSIH 4.0 kerana bimbangkan ancaman kepada negara sebagai terkeliru atau mempunyai niat yang salah dan berlebihan dalam menyokong pihak tertentu.

“Pengkaji politik Islam tidak boleh menjadi terlalu literalist. Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam.

“Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas alasan bimbangkan penumpahan darah. Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya dan seumpamanya,” katanya dalam kenyataan itu.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersama-sama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan melampau merancang untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 29 dan 30 Ogos ini.

Perhimpunan itu dilihat ramai pihak sebagai usaha untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan bagi memberi laluan kepada parti pembangkang khususnya DAP memerintah negara selain membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara Sungai Buloh. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori