Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bicara Rosmah Tangguh Lagi,...

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi...

Sultan Nazrin Sampai Insentif...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penyampaian Skim...

Kerajaan Negeri Mahu Bersaing...

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah mahu melihat lebih ramai modal...

Ban Pecah Di Kampung...

KLANG - Kerajaan Selangor mengakui ban yang pecah di Kampung Batu 5, Jalan...

Bos Menjerit Jari Tersepit

Bachok – “Kami mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan jarinya yang tersepit seperti tuang minyak dan sabun, namun gagal,” kata Mohd Syafiq Mazlan, menceritakan kejadian majikannya tersepit jari kelingking kanan pada enjin Perodua Kancil di sebuah premis mencuci kenderaan di Kampung Baru Hujung, Repek, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Razali Mat Zin, 32, terpaksa menanggung kesakitan selama dua jam sebelum menerima bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok.

Mohd Syafiq, 18, berkata, sebelum kejadian, majikannya membantu menyelenggara kereta pelanggan sebaik dia selesai mencuci.

“Saya mahu tengok enjin yang dicuci serta minta bantuan bos (mangsa) kerana alami sedikit kesukaran.

“Namun, tidak lama kemudian saya dengar dia menjerit dan beritahu jarinya tersepit. Saya ingat dia bergurau pada mulanya.


“Memang terkejut apabila jarinya benar-benar tersepit dan susah dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di tempat mencuci kereta itu, kelmarin. – myMetro Online

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori