Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jenazah Adenan Selamat Dikebumikan

KUCHING - Jenazah Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan dengan...

Wan Fayhsal Sila Nyatakan...

KUALA KUBU BAHARU: Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad...

Maahad Tahfiz Di Kedah...

KULIM - Maahad Tahfiz di negeri ini disaran menggunakan sepenuhnya kemudahan Pusat Sains,...

Tiada Jangkitan Malaria Di...

KUALA NERUS - Negeri Terengganu bebas daripada jangkitan malaria sejak tahun 2013, kata...

Buang Air Atas Lantai Pesawat Sebab Jamban Kecil

BEIJING – Memang pengotor dan memalukan. Gambar ini membuktikan bagaimana seorang wanita China sengaja membiarkan anaknya membuang air besar di bahagian tempat penyimpanan makanan dalam pesawat.

Dia selamba memberi alasan bahawa tandas dalam kapal terbang terlalu kecil. Ketika itu, wanita terbabit dalam penerbangan domestik dengan menaiki pesawat Shenzhen Airline dari Nanjing ke Guangzhou.

Selepas gambar itu yang dirakamkan semalam dimuat naik ke media sosial, ia telah dikongsi beribu-ribu orang. Ia menyebabkan orang ramai meluahkan rasa marah dan jijik dengan perbuatan wanita terbabit.

Perkara tersebut dilaporkan mula disedari oleh seorang pramugari apabila dia sedang mengira jumlah penumpang sebelum pesawat berlepas untuk penerbangan selama dua jam itu.

Pesawat itu dinaiki oleh 180 penumpang dan ketika pramugari tersebut menoleh ke belakang, dia melibat dua wanita sedang mengelilingi seorang kanak-kanak. Salah seorang wanita itu adalah ibu kanak-kanak terbabit.


Manakala seorang lagi adalah saudara mara mereka. Ketika kejadian, kedua-dua tandas tidak berpenghuni namun kanak-kanak berkenaan sedang membuang air di kawasan berhampiran tempat simpanan makanan.

Kawasan tersebut memang tempat larangan kepada orang awam. Ia juga merupakan tempat di mana anak kapal akan duduk ketika pesawat berlepas dan mendarat.

Lebih menyakitkan hati, wanita terbabit tidak memohon maaf sebaliknya meminta anaknya mengambil masa untuk membuang air, memandangkan pesawat masih belum berlepas.

Mengikut laporan, wanita terbabit telah diminta supaya mencuci najis anaknya sendiri dan pesawat juga berlepas seperti yang dijadualkan. – Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori