BEIJING – Serorang budak lelaki dilaporkan telah menjadi punca kepada kegagalan serta kerosakan yang berlaku pada lif di sebuah bangunan kediaman di Changsha, China.
Menurut media tempatan, pihak pengurusan pada mulanya telah dimaklumkan tentang keadaan lif tersebut oleh penduduk di perumahan flat di situ.
Siasatan terperinci yang dilakukan akhirnya mendapati butang pada lif berkenaan berada dalam keadaan basah malah tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Mereka kemudiannya melihat rakaman kamera pengawasan yang berada dalam lif tersebut untuk mengenal pasti punca sebenar dan mendapati ia akibat perbuatan seorang budak lelaki.
Paling mengejutkan mereka, suspek yang tinggal di tingkat 15 dikatakan telah bertindak sengaja membuang air kecil pada panel butang lif berkenaan.
Tindakan tidak bertamadun budak itu ternyata patut dikecam kerana berkelakuan tidak senonoh serta pengotor selain menyusahkan kesemua penduduk di situ.
“Mujur budak lelaki itu tidak terkena renjatan elektrik, jika tidak pasti perkara yang lebih buruk akan berlaku,” kata, You Xioming, pengarah pengurusan bangunan itu.
Lif itu terpaksa ditutup selama dua hari selepas mendapati ada kerosakan pada litar pintas lif tersebut. Pelaku yang membuat perbuatan terkutuk itu masih belum dikenal pasti.
Inilah yang dikatakan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga! – Agensi/MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=XdXMDO3fm_M