Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Muafakat Nasional Alternatif Terbaik...

ALOR SETAR - Muafakat Nasional perlu dijadikan sebagai alternatif terbaik menggantikan Pakatan Harapan...

Video: Dah Kenapa Selamba...

BAGAIKAN pelancong China yang tiada kesedaran sivik, itu situasi yang boleh digambarkan buat seorang...

Neymar Dalam Radar Skuad...

SAO PAULO (Brazil) - Bintang Barcelona, Neymar akan disenarai sebagai salah seorang daripada...

Remaja Digesa Sertai Silat,...

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menasihatkan golongan remaja agar...

Bukit Aman Rampas 172 Kilogram Ganja, Tahan 8 Suspek

ALOR SETAR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman merampas 172 kilogram ganja dalam serbuan di tiga lokasi di Kedah dan Pulau Pinang dan menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga asing.

Timbalan Pengarahnya DCP Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam serbuan pada semalam dan kelmarin, polis turut merampas 159 biji disyaki Ecstasy .

“Ia merupakan rampasan terbesar dadah jenis ganja tahun ini dengan nilai keseluruhan RM522,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah Selasa.

Katanya, serbuan di Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani dan Bayan Lepas itu bermula 8.40 malam Ahad dan berlanjutan sehingga 3 pagi Isnin, melibatkan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik STING).

Menurut Mohd Dzuraidi, penahanan tujuh lelaki berusia 17 hingga 59 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 36 tahun telah melumpuhkan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja.

Beliau berkata seorang daripada lapan suspek yang ditahan iaitu lelaki berumur 41 tahun dikenal pasti sebagai ketua kepada sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja itu.

“Kita telah melakukan pemantauan terhadap operasi sindiket ini sejak enam bulan lepas,” katanya.


Dzuraidi berkata sesemua suspek direman antara empat hingga tujuh hari bermula semalam hingga 16 Ogos ini dan mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak setahun lepas dan ganja itu diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Katanya turut dirampas dalam serbuan berkenaan adalah wang tunai sebanyak RM5,000, sebuah kereta Toyota Corolla Altis, sebuah motosikal Yamaha Ego Lc dan sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton.

Nilai harta sindiket itu yang disita adalah RM92,000, katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori