SANDAKAN – Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin UMNO yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.
Menurutnya, beliau tidak tahu wujudnya gerakan itu sehinggalah didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Pada saya tuduhan sebegini kepada saya amat berat dan sungguh dikesali. Saya tidak pernah menjadi pengkhianat atau pembelot kepada parti yang saya perjuangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bung Moktar yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, mungkin beliau selalu bersuara lantang tetapi tidak pernah menggadai maruah kerana tidak bersetuju dengan mana mana pemimpin.
Beliau berkata, baginya perjuangan UMNO adalah perjuangan yang ikhlas dan bersih. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=tYmioUCuV7s