HANYA kerana perasaan dengki, nyawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Wang Minghan melayang di China, lapor media tempatan.
Kanak-kanak yang tidak berdosa itu menjadi mangsa kepada seorang wanita, dikenali sebagai Li, yang dengki dan cemburu melihat Wang sihat dan cergas.
Keadaan itu berbeza dengan cucunya sendiri yang sering jatuh sakit.
Pada hari kejadian, Li telah mengunjungi rumah Wang dan ketika neneknya sedang mandi, Li mengumpan kanak-kanak itu ke rumahnya sebelum dia mencekik Wang.
Sementara nenek Wang pula yang mendapati cucunya tiada rumah, telah percaya bahawa cucunya diculik kerana kasut budak itu masih ada di depan rumah mereka.
Manakala jiran mereka pula melihat kelibat Li dalam keadaan mencurigakan sebelum Wang hilang.
Mayat kanak-kanak malang itu ditemui tertanam di dalam lubang pada 26 Julai lalu.
Lubang itu telah gali oleh Li, beberapa hari sebelum dia membunuh Wang.
Siasatan dan bukti yang dijalankan menunjukkan bahawa Li yang melakukan pembunuhan berkenaan.
Malah dia mengaku melakukannya kerana tidak berpuas hati dengan Wang.