Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Larang Zakir Naik...

MARANG - Polis Terengganu menasihatkan kerajaan negeri Terengganu dan mana-mana penganjur agar menangguhkan...

Video: Lelaki Sempat Main...

KEBERANIAN serta ketenangan seorang lelaki ini sememangnya patut dikagumi!Melalui video viral yang dimuat...

PLUS Perhebat Promosi Pembayaran...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (Plus), pemegang konsesi lebuh raya terbesar di...

4 Kes Pembunuhan Kejam...

KES pembunuhan saban hari semakin menjadi topik biasa di mana-mana negara malah setiap...

‘Charlie Hebdo’ Patut Dikecam Kerana Hina Mangsa MH370

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Perancis dan organisasi media di seluruh dunia digesa mengutuk majalah satira terkenal Perancis ‘Charlie Hebdo‘ kerana menyiarkan karikatur yang menghina anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Biro Publisiti MCA, Senator Datuk Chai Kim Sen.

“MCA menegur Charlie Hebdo kerana menyamakan tragedi MH370 dengan menyiarkan karikatur politik (yang sering kali dipaparkan majalah berkenaan), secara mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya yang amat berdedikasi serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan.

Charlie Hebdo tidak boleh mengeksploitasi penumpang dan anak kapal MH370 sebagai peluang untuk meningkatkan jualan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Penemuan flaperon di Pulau Reunion di Lautan Hindi baru-baru ini disahkan oleh pakar antarabangsa sebagai serpihan daripada MH370, pesawat Boeing 777 MAS, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac tahun lepas.


Kim Sen berkata majalah berbahasa Perancis itu sebaliknya perlu bersimpati dan memahami kesedihan yang dialami sanak saudara dan sahabat handai kepada 239 penumpang serta anak kapal terbabit.

Pejabat Charlie Hebdo di ibu kota Paris pada awal tahun ini pernah diserang ekstremis tempatan menyebabkan ramai petugasnya maut ekoran sikap majalah itu sering menghina agama Islam sejak sekian lama.

Penerbitan mingguan itu yang gemar berselindung di sebalik konsep kebebasan bersuara pernah dikecam umat Islam seluruh dunia kerana keceluparan bahan kandungan jelas berbaur anti-Islam. – Agensi/Mynewshub

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori